Sunday 30 September 2018

Tutorial DIY Sembunyi Cable Dashcam Proton Iriz

Tutorial DIY Sembunyi Cable Dashcam Proton Iriz 
Entry kali ni sy akan tunjukkan cara macam mana nak sembunyikan cable dashcam terus pergi ke power socket kereta. Cara pasang dashcam ni sangat2 lah senang dibandingkan dengan tutorial pasang Lampu Hazard pada LC135


Video youtube disini:



Barang-barang yang diperlukan:
  1. Skru driver mata bunga(philip) dan leper
  2. Apa2 jenis tape (recommend guna binding tape, tp dalam DIY ni sy guna electrical tape)
  3. Cable tie (optional)
  4. Kipas (seriously panas beb)
  5. Segengam usaha 

Jom start!
Disarankan untuk cabut bateri lebih-lebih lagi untuk kereta yg ada Airbag. Jgn risikokan diri pergi usik macam-macam lepas tu BOOM!!! airbag keluar. 
Cabut terminal negative(-ve) pun dah cukup


1. Buka Trim Pillar
Cara untuk buka trim ni senang saja tapi sedikit mencabar. Caranya hampir sama untuk semua jenis kereta. 
Pertama sekali, kena buka getah yang ada pada bingkai pintu seperti gambar dibawah. Tak ada gam, cabut je tapi jangan cabut semua, agak2 sampai paras mana trim tu sahaja. 
Sekaraing apa yang perlu kita buat ialah buka trim. Ada kereta yang boleh bukak terus trim. Sebab dia cuma guna clip. Untuk Iriz, ada satu skru tersembunyi dalam logo Airbag. Buka penutup tu dan buka skru. 
Jangan tertipu bila buka penutup ni akan keluar airbag 
Cabut trim kluar daripada clip ke arah penumpang sebelah.
Dan kemudian tarik ke arah belakang kereta. Maka tercabutlah trim pillar tersebut. 

2. Buka visor driver
Buka visor ni sgt senang, First bukak skru dan cabut keluar. 
Yang lagi satu pulak jenis clip. jadi cucuk belah kiri kanan dia dah cabut keluar. Lembut2 je dgn dia kalau tidak patah pulak nanti. So skrg settle part buka. Tinggal nak lalukan cable je.
Lubang sebelah kanan
Lubang sebelah kiri
Ini bentuk clip dia

3. Pasang Dashcam
Knp sy pilih Yi Mini Dashcam? 

  • Design compact
  • Murah
  • Ada sensor utk detect accident
  • Dan yg paling penting, tak guna bracket atau suction cup, jadi tak halang pandangan.
Ada org yg pasang dashcam dgn screen besar, lepas tu tak set screen time-out atau screensaver. Jadi dah silau kat situ. Bukan nak tgk screen tu setiap masa pun.
Jadi Yi Mini ni sgt sesuai. Plug and Forget. Recording masih berjalan. 

Option lain utk dascam yang design sgt compact:
Bukan iklan berbayar ye :P

Cara pasang sgt senang, buka pelekat double tape 3M tu, dan tampal. 
Sy cadang pasang dlu camera ni ke powerbank, lepas tu stream dekat phone, senang utk adjust senget atau tidak. Pastikan letak lens tu bawah tinted hitam, kalau tidak waktu malam gelap je pulak nanti.
4. Pasang cable
Sekarang masa utk pasang cable. Paling penting disini cable tu kita nk sembunyikan dia.
Jadi first step masukkan cable dekat ceiling kereta(headliner). Kita dah buka sikit tadi jadi boleh je buka sikit. 
Tapi sebelum tu, ini berbeza ikut orang, bagi sy, sy prefer gulung wayar dulu dekat bahagian sebelum keluar dari ceiling tu. supaya wayar tak tertarik. So dia jadi mcm ni.

 Tarik cable sampai hujung ceiling. Lupa nak mention, packaging dashcam dpt sekali free cable, dan cable dia panjang. 1.5meter.

5. Buka bahagian bawah dashboard(under dash)
Buka skru satu bawah ni. Sebelah selak hood kereta (Hood Release Latch)
Lepas tu boleh buka dashboard bahagian bawah tu tarik ke arah driver. Dia guna clip saja utk ni. 

Hood latch ni boleh bukak tapi dia ketat sikit. Jadi malas nak bukak. Jadi biar je dia kat situ, jangan tarik kuat2 kang putus pulak cable dia tu nnt. 

6. Sorok cable
Masih ingat cable yg dah sampi hujung ceiling tadi? Lalu kan cable tu pergi ke tiang pillar. Boleh guna tape utk lekatkan cable. 
Masukkan cable tu ke tepi dashboard yang bahagian cermin kecik tu. 
Lepas tu bawak je cable tu terus ke bawah sampai ke bahagian panel fius. 
Lekatkan cable tu pada bahagian yg tersorok. Supaya tak ganggu bila kita buka tutup bahagian simpan duit syiling tu. Contoh seperti gambar di bawah.
Lekatkan tape tu bahagian belakang tempat yg sy tunjuk tu
Cable yang Yi bagi ni panjang dan ada lebih. Jadi, gulungkan mana yang lebih tu tinggalkan baki hanya untuk sampai ke power socket. 
Dan kemudian, lekatkan lebihan cable tu bawah stering. 
Lekatkan cable kat satu lagi tempat mcm gambar dibawah.

Masa untuk pasang balik segala benda
Selepas pasang balik, sumbatkan lebihan cable tadi mcm gambar di bawah untuk lagi kemas. Tak perlu gam, sumbat je.
Contoh gambar
Contoh video

Selamat Mencuba!








Tutorial DIY Sembunyi Cable Dashcam Proton Iriz

Tutorial DIY Sembunyi Cable Dashcam Proton Iriz  Entry kali ni sy akan tunjukkan cara macam mana nak sembunyikan cable dashcam terus pe...