Saturday 1 July 2017

Tutorial DIY Double Signal LC135 / Hazard Light LC135









Tutorial Double Signal LC135 / Hazard Light LC135
Tutorial kali ni sy nak tunjuk mcm mana cara nak buat lampu hazard atau double signal pada Yamaha LC135

Kita tengok video dulu..

Barang2 yang diperlukan
  • Suis – Rocket round swith (apa2 switch pun boleh)
  • 2x Diode 5408
  • Signal Flasher – aka Signal Relay aka Condenser(apek2 kedai motor panggil ni)
  • 4x wire connector
  • 2 connector putih
  • Wayar
Tools yang diperlukan
  • Screwdriver
  • Drill + Hole drill bit size 22 (atau ikut saiz suis yg korang beli)
  • Gunting
  • Allen Key
  • Electrical tape/tape apa2 pun boleh
  • Glue gun
  • Playar
  • Segenggam usaha

Bagaimana ia berfungsi

circuit diagram
Part ni kena perah otak sikit. Secara kasar, circuit signal original lalu dari terminal positive(+) bateri pergi ke relay original kaki B dan keluar ke kaki L pergi ke suis pada handle motor. Dari suis akan pergi ke lampu2 dan wayar hitam (neutral) jalan balik ke terminal negative(-) bateri.
Untuk circuit baru, untuk meringankan beban dan untuk jimat bateri, kita curi arus dari wayar dari kaki B relay original dan pergi ke suis baru(aka suis hazard) dan ke relay baru. Kaki L akan pergi ke Diode dan masuk balik ke lampu yg sama. Ini bermakna, kalau kita ON suis hazard tadi, lampu signal kiri dan kanan akan bernyala. Yang menariknya, kita usik wayar lampu kt depan automatic belakang akan ikut sekali, senang kerja.

Suis signal
Suis hazard

OFF
OFF
Tiada lampu bernyala
ON
OFF
Lampu signal seperti biasa kiri atau kanan
OFF
ON
Lampu hazard
ON
ON
Lampu hazard

Buka Coverset
Senang je buka coverset. Kalau nak tutorial jugak, boleh ikut kt page sini.


Lubang untuk suisGuna satu ruang spare sebelah bahagian kunci. Ini sebablah kenapa sy memilih untuk suis berbentuk bulat dan saiz kecik ni sbb muat2 je nak fit kt tempat tu. Guna drill bit saiz yang sesuai dgn suis. Dalam tutorial ni saiz 22.

Selepas drill, buat connection pada suis. Boleh refer pada wiring diagram di atas. Masukkan suis bersama dgn wayar dan gunakan glue gun untuk lekatkan suis tersebut. Sebenarnya suis ni bila ON boleh menyala lampu hijau kt suis tu, tapi sy try tak jadi pulak. Haha. Settle suis.

WiringBuat connection wayar keluar dari suis dan sambungkan kepada kaki B flasher baru.
Kemudian dari kaki L pergi diode. Sebelum tu, untuk lagi kemas, bengkokkan kaki diode mcm dalam gambar bawah. Perhatikan line kelabu tu ada kat bahagian mana.
 Supaya end result akan dapat mcm ni.
Lepas tu dua hujung diode tu, buat satu wiring ke lampu kiri dan satu lagi ke lampu kanan. Potong wayar lebih kurg panjang mcm gambar bawah.
Selepas itu cucuk dekat bahagian tengah connector lampu kiri dan kanan. Kenapa? Sebab wayar yg tengah untuk signal, satu lagi untuk lampu running light. Satu lagi wayar hitam untuk neutral.
Jadi sebenarnya setup wiring dah siap. Tinggal nak kemaskan wayar2 dgn flasher, supaya tak bergerak dan tak mudah tercabut kalau motor langgar lubang ke, maklumlah jalanraya kt Malaysia kan cantik. Pasang balik connector2 lampu dan cdi.

FAQs

  • Banyak orang tny kalau tak ada diode boleh atau tidak, jawapan dia tak boleh. Fungsi diode ialah untuk mengalirkan arus letrik satu jalan shj. Tak boleh berpatah balik. Jadi kalau tak guna diode, kita on signal biasa pun boleh jadi double signal. Refer diagram dibawah utk lihat gambaran jelas. 
  • Kalau diode pasang terbalik? Senang, lampu tak menyala la jawabnya.



So boleh lah cuba try test. Lampu hazard ni boleh guna hanya bila kunci dah masuk dan letak kt bahagian ON. Tak start motor pun boleh guna dah.


Semoga Berjaya!






Tutorial DIY Sembunyi Cable Dashcam Proton Iriz

Tutorial DIY Sembunyi Cable Dashcam Proton Iriz  Entry kali ni sy akan tunjukkan cara macam mana nak sembunyikan cable dashcam terus pe...